Thursday, May 23, 2013

Bedak Asas : Antara MITOS dan FAKTA



TERDAPAT pelbagai mitos mengenai pemakaian bedak asas yang antaranya ramai beranggapan bedak asas boleh menyebabkan masalah kulit seperti jerawat. Ini membuatkan ramai wanita meninggalkan langkah solekan yang paling penting ini. Di bawah terdapat mitos mengenai bedak asas dan fakta mengenainya:


Mitos 1: Ramai beranggapan pemakaian bedak asas mengundang pelbagai masalah kulit muka.


Fakta: Ia sebenarnya satu mitos yang semakin terungkai dengan pelbagai teknologi baru dalam formula penghasilan bedak asas. Pemakaian bedak asas bukan saja dilihat sebagai asas penting dalam penampilan menawan namun mampu menjadikan kulit lebih licin dan lembut sekiranya wanita memilih bedak asas berkualiti bersesuaian dengan jenis kulit.


Mitos 2: Bedak asas menutup ruang pori-pori di muka dan tidak membenarkan kulit bernafas.


Fakta: Ia adalah satu kenyataan yang sering disampaikan, namun hari ini teknologi canggih mampu menghasilkan formula baru bagi generasi baru bedak asas. Kebanyakan bedak asas di pasaran dirumus dengan teknologi terkini dengan membenarkan kulit bernafas dan memelihara tahap pelembapan kulit serta tekstur.

Mitos 3: Penggunaan bedak asas yang lama akan menyebabkan pigmentasi dan menggugat keseimbangan warna kulit.

Fakta: Bedak asas sering disalahtafsirkan dengan masalah itu walaupun kini teknologi sofistikated digunakan. Apapun, perkara yang menjadi punca kepada masalah pigmentasi ialah faktor biologi seperti penuaan dan penghasilan melanin. Faktor lain pula ialah pendedahan secara langsung kepada sinaran ultra ungu (UV). Sebagai langkah untuk mengatasi masalah itu, lahir banyak bedak asas di pasaran yang mempunyai pelindung kesan UV.


Mitos 4: Bedak asas menyebabkan jerawat. Mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak harus mengelakkan daripada menggunakan bedak asas.



Fakta: Apakah punca jerawat? Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan masalah kulit antaranya ketidakseimbangan hormon, usia baligh, diet yang tidak betul serta tekanan. Paling penting elakkan memakai solekan sehingga tidur kerana ini turut menyumbang kepada masalah kulit.


Mitos 5: Bedak asas tidak sesuai untuk cuaca tropika.

Fakta: Cuaca yang lembap dan panas seperti negara ini adakalanya menyebabkan anda kurang selesa apabila menggunakan bedak asas. Antaranya kulit muka akan terasa tebal dan melekit. Perkara itu tidak akan berlaku andai anda menggunakan bedak asas yang serasi dengan kulit.




Sumber : mymetro 2012/01/25


Tuesday, May 14, 2013

Pakej Pertunangan

Pakej Pertunangan JIMAT & MURAH 2013


Pakej Pertunangan Dahlia  RM 400


1) Mini Pelamin (Tanpa Panel)
2) Bunga Tangan + Aksesori
3) Make Up

Pakej Pertunangan Kekwa  RM 600


1) Mini Pelamin (Tanpa Panel)
2) Baju Pertunangan
3) Bunga Tangan + Aksesori
4) Make Up


Contoh : Pelamin tanpa panel





Pakej Pertunangan Melur  RM 1000

1) Mini Pelamin (Tanpa Panel)
2) Baju Pertunangan
3) Bunga Tangan + Aksesori
4) Make Up
5) 5 Set Gubahan Hantaran


Untuk Tempahan sila hubungi :-

Shaqila ( 013 -9491008 ) Call/SMS/Whatsapp